Monday, September 22, 2008

Raya balik mana?

Bagi sesetengah org, mungkin sensitif soalan ni.

Bagi aku, takde la sensitif sgt.Tapi bila dah sampai hari raya tu nanti- haa...barulah ia akan menjadik soalan sensitif kalo tak kena gayanya (mengikut pengalaman hari raya 2 kali sbg istri hihihi..)

Tapi, aku sokong sgt la kalau kita masing2 yang masih punya ibubapa dan keluarga ni, seharusnya sistem penggiliran ni masih di amalkan dgn penuh toleransi hihi (toleransinya aku?? hahaha..) Barula adil kan?(w/pun sebenarnya tak boleh nak bebetul adil pun.)Tapi, ade tak alasan lain kenapa hari raya pertama patut berada di kampung istri?Kalo ade tlg bagitau ye hehehe..

Tatau la apesal.Biasanya time raya, bukan main lagi aku berkira tang masa- brapa lama kat umah mertua n brapa lama kat kampung aku (ini ciri2 menantu yg kurang mithali..hehe..)
Rasa2nya la mungkin sebab aku ni terbawak2 perangai masa bujang dulu kot.

Yelah, dulu kalo seminggu cuti, seminggu le kita dok kat kampung sendiri, lepas geram berbuka bersahur kat kampung, terkenang bunyik ayam berkokok dan mercun berdentum dentam-waduuuh nikmatnya.. jumpa sedara mara yg setahun skali jumpa, melawat jiran tetangga ..time sibuk2 menyambut rombongan marhaban lagi..aduuyaai...seronoknya!

Tapi, part yang paling best bila kitorang sekuarga gotong royong masak ketupat, rendang, ayam, lodeh, etc dan hantar ke umah sedara mara dalam berpuluh2 buah umah jugak laa...semuanya siap dalam sehari dari pagi sampai ke petang.Nyum2!

Paling syok lak time lepas buka puasa tu- dengar pengumuman dato' penyimpan mohor2 besar Raja2 tu and YAHUU esok/lusa raya!!

Pagi raya? Aduuyai..konfius, betul ke dah boleh mkn siang hari ni?(tlupa kununnya puasa lagi le tu).Berebut2 (bukan berebut sapa nak mandi dulu),tapi berebut2 nak makan dulu..lepas gian mkn di siang hari hihihi..Pastu barulah tragedi bersalam-salaman berpeluk2kan sambil mengutip duit raya dari org yang lebih tua..

Skang ni keadaan tu dah tak sama macam dulu2.Ade momento2 yang aku tak dapat nak ada time tu- cuma dapat menghadirkan hati dan jiwa saja bukannya fizikal..(huk huk..)

Jadik, ikutkan tawun ni tawun ketiga- so turn balik kampung Abang-wups Abang tade kampung ye tapi taman. Dengan si kenit yang dah pandai jalan tu, tentunya raya aku tawun ni lebih 'penat' mengejar si kenit tu ke sana sini sambil mengutip duit raya skali hahaha..(wups! syyyhh..)

Bab2 balik beraya ni dan pembahagian hari dan jam ni- mmg seelok2nya jgnlah kita berkira sgt cos nanti tak sampailah purpose hari raya tu sendiri..beraya tanpa syarat dan tujuannya tentulah ke arah yang baik2. Tak kiralah sorang kat utara ke sorg kat selatan, ke barat or ke timur atau pun sekampung malah berjiran sekalipun lah si suami istri tu, aku percaya- sikit sebanyak perkara ni akan jadi isu kalo tak besar pun kecik le. Time tak raya molek lak kita bergurau senda si suami istri tapi tang nak raya boleh buat bertegang lidah ber makan hati (nauzubillah).Inilah realiti nya yang mungkin kita kena adekan perubahan..

Its a matter of 'adjustment' lah kata org putihnya..

Mujurlah kita bdua ni mmg kategori 'kuat berjalan' sejak azali lagi-so tak timbul issue sorg suka and sorg tak suka beraya, cumanya awal2 lagi aku dah kata kat Abang, tawun ni kalo bulih tanakla gaduh2 macam dulu tu.Bukan gaduh apa..gaduh nak beraya umah sedara sapa hari raya ketiga (pun boleh jadik isu tau?) hehehe..(Ampun bang..) (^.^)

Tuesday, September 16, 2008

My therapies.

Shopping & Writing.
Yes, its true.

Dua cara ni boleh membuat aku rasa releaseee sgt2...dari segala mala bintang dan bulan atas kepala ni.

Ini terbukti setelah beberapa kajian di buat ke atas diri sendiri, ia membantu aku untuk tidur lena setelah penat berjalan utk shopping dan/atau selepas penat menulis yg ntah hapa2..really.
Tapi, ia tak membantu untuk menyelesaikan masalah pun, kecuali masa yang ada tu digunakan untuk berfikir di saat2 tgh bersendirian tu kan.

Tapi, skang ni susahla skit nak jalan2 sorg2 mcm masa anak gadis dulu(phewit!)..seblah kanan bawak beg isik susu, thermos, pampers etc..seblah kiri pulak bawak anak dara yg sorang tuu ha..elok2 nak releasee.. trus jek- arghhh!!!

Abang yang selalu pesan- kalau ada pape, kena kembali pada yang sepatutnya iaitu sentiasa dekatkan diri kita dgn Dia, dan itulah penyelesaian kepada semua perkara yg ada - kita pastinya tak akan rasa keseorangan, kekosongan, kekurangan malah patut bersyukur dgn apa yg kita ada.

Yes, its true-
cumanya aku yang selalu 'lupa'.

Monday, September 15, 2008

I'm back!

Bersemangat.

Bersemangat aku nak mengarang.Thanks to Pojan bagi aku 'skin' baru sesuaii dengan semangat baru aku ni.
Dah lama tak menjenguk 'diary' aku ni.Kalo bukan di alam maya-tentu dah berkepuk habuk- ffuuh2.. (tiup sikit).

Baru lepas beli baju raya ready-made @ Ampang Park.(Abang pun blum tau lg ni).Kaler hijau pucuk pisang. Boleh la bayangkan betapa anggunnya aku yang dah semulajadinya ayu lagi jelita ni..(ahaks). Tetiba lak teringat- mcm penah nampaak je baju ni ek, tapi kat mana yer.Jangan2 sama tak dgn baju Pojan cos dia tu banyak baju kaler hijau.Aduyaaai..
Anyway - ok la kut ni (baju depan mata aku) cos advisory board aku a.k.a Azah, Muz & Yati yang approve baju tu kira sebulat suara lah setuju baju tu bulih di terima pakai di hari lebaran.Bukan apa, dgn masalah ketinggian yang ala-ala cindy crowford ni mmg payah sungguh laa nak carik saiz yg sepadan.Dah last2 minit ni tak bleh la nak banyak songeh sgt.
Lain la ade duit berkepuk2, tade hal main tunjuk je apa berkenan. So, disebabkan masalah ketinggian dan kemampuan, pakailah apa yg ada je kan..