Friday, October 31, 2008

Ikan oh Ikan


Sunday, October 26, 2008

Normal v Ceasarean


Amierah Humairah di lahirkan dengan cara pembedahan@caesarean.

Really, I had no choice.

Tak pernah terlintas dalam fikiran akan melalui pengalaman ini, lebih2 lagi tak
de sorang pun dalam keluarga pernah melalui pengalaman begini. So, aku yakin dapat melalui proses kelahiran biasa sepertimana ibu2 lain inginkan. Doktor2 pun sepanjang 9bulan menjangkakan semuanya normal dan tiada komplikasi pada kandungan. Sesal jugak kerana tak buat persediaan @ persiapan awal dari segi pembacaan dan sebagainya supaya emosi dan mental akan lebih bersedia menerima sesuatu yg tak terduga.

Mengimbau kenangan ketika itu, seawal jam 4 pagi aku dikejutkan dengan tanda-tanda awal bahawa 'masanya' telah tiba untuk kami bertemu si 'dia'. Air ketuban pecah...
Air ketuban ni asalnya dari cecair rembesan kulit bayi yang mengelilingi bayi dalam kandungan ibu, yang berperanan besar dalam memastikan keselamatan bayi dalam kandungan. Kira mcm protection baby masa dalam perutlah. Waktu tu, aku masih boleh rilex lagi dan kejutkan Abang yang tgh nyenyak tido.. Malam sebelum tidur tu sempat la kami melantak pizza hut dan air coke kat belakang umah dan siangnya aku masih memandu sendiri untuk ke klinik for last check up. Sambil kemas2 barang nak ke hospital, sempat lagi aku mop lantai sikit2 dan basuh baju sekali pusing memandangkan rumah akan ditinggalkan agak lama so just utk pastikan dalam keadaan terkawal.


Setibanya di hospital sebelum subuh, setelah melalui procedure2 yang ditetapkan, belum ada tanda2 sakit sedangkan air ketuban tak henti2 keluar sehingga lah aku terpaksa di indius untuk mempercepatkan kelahiran. Sakit mula terasa dan baru aku mengerti apa itu contraction dan betapa perlunya besi di tepi katil untuk aku pegang ketika menahan kesakitan.


Akhirnya, lebih kurang jam 12 tghari , ketika Abang ke masjid untuk solat Jumaat aku di paksa (tanpa rela) untuk menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa bayi. Doktor kata bayi boleh dijangkiti kuman. (Thanks Doc!) Not to mention which hospital, (in fact i feel so regret for choosing this hospital) awal2 lagi sebelum masuk ke wad aku cuba minta ditukarkan ke hospital lain tapi tak dibenarkan. Mungkin terlalu lewat untuk aku buat keputusan demikian.Benarlah instinct kadang2 telah memberi signal awal bahawa sesuatu akan berlaku tak seperti yang kita harapkan. Segelintir dari kakitangan hospital tersebut tidak dapat memberikan perkhidmatan baik yang diharapkan oleh pesakit2 dan pelawat2 yang datang.


Bayangkan pukul 12tghri aku di bawa masuk ke Operation Theathre, pukul 4 ptg barulah doktornya tiba dengan alasan stuck dengan pembedahan lain. Akibatnya, aku yang lemas keletihan menahan contraction berpanjangan..sedangkan awalnya doktor begitu mendesak agar pembedahan cepat2 dijalankan ditakuti baby kena infection. Aku percaya nurses yang memegang 2 kaki dan dan 2 tangan aku pun letih dok menenangkan aku sementara menanti doktor yang tak sampai2. Sehinggalah epidural menyelinap masuk ke seluruh urat saraf, akhirnya aku dapat bertenang sehingga tak mampu menggerakkan walaupun satu ibu jari kaki.


Membayangkan detik2 separuh sedar ketika perut ini dibelah untuk menyelamatkan seorang bayi dan bakal ibu, seperti membayangkan melihat rancangan Medik TV. Setiap apa yang dibicarakan oleh doktor2 dan nurses mampu didengar satu persatu. Aku hanya mampu mengerlipkan mata sesekali memejamkan mata sambil membaca ayat2 pendek supaya urusan dipermudahkan. Aku hanya berharap agar Abang dapat berada di sisi waktu ni, apakan daya polisi hospital tak membenarkan. Aku dapat merasakan air mata mengalir dipipi tapi tak mampu di kesat oleh tangan sendiri.
Akhirnya jam 4.52 petang Jumaat 29 Jun 2007, dapatlah aku menatap si kecil buat kali pertama. Dengan seberat 2.89 dan rambutnya yang hitam lebat hampir memenuhi mukanya, dan wajahnya yang kemerah2an, kami sepakat memberikan namanya Amierah Humairah bte Mohd.Zairy. (Pemimpin/Puteri yang kemerah2an.)


Kini usianya hampir menjangkau setahun 4bulan. Kini membesar dengan gaya dan cara tersendiri. Inilah amanah dan hadiah Allah pada kami yang paling bernilai dan membahagiakan.
Aku kini masih bernyawa setelah melalui proses pembedahan yg bagi aku agak mengerikan Subhanallah. Alhamdulillah..
Tidak kiralah samada secara normal atau pembedahan, bagaimana berbeza proses dan sakit antara keduanya, janganlah dipersoalkan. Aku percaya bahagian masing2 telah ditetapkan dan kita perlu redha menerimanya.Kini semuanya selamat dan kami amat bersyukur.


Mengingat kata2 seorang yang bernama N*Z*M, setahun yang lalu, "Kau tu bukannya beranak, kau tu cuma mengeluarkan anak"...

Aku hanya mampu terdiam dan tersenyum pahit.
Andainya dia mengerti hati dan naluri seorang ibu, dan apa yang di alaminya ketika itu, aku percaya dia tak akan berkata begitu.

Saturday, October 25, 2008

HiGh Fever.



Seharian terlantar kerana demam yang agak teruk. Ahamdulillah, ada waktu utk rehat dan tidur lebih walaupun tak dapat tidur nyenyak dan berat kepala. Dengan suhu 39.7 doktor pun tak teragak2 nak bagi MC selama 2 hari tanpa di minta. Semalam terpaksa ambik injection antibiotik kerana tonsil yg bengkak.

Tak dapat balik kampung untuk raya deepavali kali ni. Masih ada lagi undangan2 open house yang nampaknya mungkin tak dapat dipenuhi.Sorry guys!

Hopefully kesihatan kembali pulih seperti biasa. 


Tuesday, October 21, 2008

Life is so short.

Back to normal;

Rutin seharian kembali seperti dulu. Sebelum ni tune lari skit dek kerana bulan posa dan hari raya.

So, banyaklah perkara2 nak kena upgrade lepas ni.Upgrade.Upgrade.Upgrade!

Dalam kesibukan kerja2 seharian, kerja pejabat dan rumahtangga, mengisi undangan kawin dan jemputan makan,(makan saje!) dan hari-hari di hujung2 tahun yang ber 'mood' kan percutian, kena selalu mengingatkan diri supaya tak lupa dan leka sgt dengan keduniaan.

Apa yang berlaku disekeliling kita, terutamanya apa yang berlaku pada diri sendiri, pada setiap hari yang berganti- dan mendengarkan cerita kawan-kawan, adakalanya cukup menginsafkan.Belum lagi dengar berita kat TV ke kat mana ke dengan berita2 sedih terutamanya, selalu akan tertanya, kalau jadik kat aku macamana lah agaknya.

Kemudian, soalan tu terhenti kat situ. Tak boleh nak teruskan dah.Boleh la bayangkan perkara tu terjadi pada kita, tapi untuk membayangkan kita berada di tempat orang yang mengalami sesuatu kejadian tu, aku tak mampu. Sehinggalah sesuatu itu benar2 terjadi dan menimpa kita, barulah kita akan tau bagaimana perasaannya.


Life is so00 short.


Benar kata orang, manusia selalunya lupa.Bila gembira, lupakan DIA. Bila susah, sebaliknya lah.


Secebis ingatan untuk dikongsi bersama-

Marilah kita sentiasa 'ingat' pada DIA, dalam apa jua cara. Semoga DIA akan 'ingat' pada kita. Kerana hidup kita kat dunia ni sebenarnya tak ada apa..melainkan untuk dapatkan keredhaan 'DIA'.
Mudah2an kita juga akan 'redha' dengan setiap apa yang diberikan oleh NYA.

Wallahua'lam.







Friday, October 10, 2008

Dunia baru mereka.

Sehari sebelum cuti raya, aku di maklumkan oleh TZ, transfer order dah keluar dan dia akan menjadi Hakim Mahkamah Sesyen di daerah S meninggalkan kami di KL. Sebelum ni rumours mmg dah ada. Tapi selagi transfer order blum keluar semuanya masih menjadi gossip dan teka teki.

Aku hepi untuk dia. Selain naik pangkat, location pun berdekatan dgn rumah, apa lagi yang perlu dirisaukan? Alhamdulillah. Cuma aku lah yang kehilangan seorang rakan sejawat yang baik merangkap 'immediate boss ' yang understanding dan berkarisma.

Lately ni pun masing2 sibuk memperkatakan tentang transfer order yang baru keluar dan masing2 dengan reaksi yang pelbagai..Soalan dalam hati, "ke manalah pulak aku akan tercampak nanti?"(Mengikut jejak langkah senior2 ni.)
Macam nilah bila menjadi penjawat awam. Tertakluk kepada perpindahan yang tak menentu lebih2 lagi dalam bidang kehakiman. Everything is possible.
Kita berpeluang bekerjasama dengan ramai org. Asalkan pandai bawak diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan,tentunya tak jadi hal. Kesian pada I. I yang terpaksa berpindah ke daerah K. Selain anak2 yang masih kecik dan kandungan yang semakin besar, tanpa suami di sisi nun jauh di oversea, itulah jihad dan pengorbanan yang perlu ditempuhi demi kerjaya ini.

Aku percaya, perancangan DIA mengatasi segalanya. Kadang kita tertanya kenapa. Tapi hikmahnya lebih besar dan lambat laun kita pasti dapat menerimanya. Life must go on.

Minggu depan banyak jamuan yang bakal di sajikan.Jamuan raya, jamuan perpisahan, jamuan keraian, jamuan rumah terbuka..waduuh... makin naik lah lemak2 kat badan ni nanti...Keje tetap keje tapi mood raya tu masih berkobar2 lagi. Maklumlah, tradisi aku n hubby beraya selama sebulan hihihi...

Semalam aku menerima kunjungan dan khabar baik seorang teman baik yang akan mengakhiri zaman bujang Disember depan. Terkejut tu tidak le cuma tak sangka secepat ini perancangannya hehehe... Tulah, Allah dah permudahkan jalan untuk dia membina masjid. Kita ni tumpang gembira.
Welcome to d club Mad! Pasni, takde la dia nak menginap kat umah aku lagi since dah bertemankan isteri di sisi hihihi..

Tulah, kalaulah apa yang berlaku dalam dunia ni seperti yang kita sangka kan, tiadalah namanya qada' dan qadar Tuhan.

Lepas ni apa lagi?