Wednesday, November 26, 2008


Dear Diary,


Kehidupan seharian belum lagi stabil
Masih dihantui dgn kerja2 umah/ofis dan dateline2 yang 'menyesakkan'.

Malam tadi hang out with Ngah and Bang Ngah.Lepas rindu skjp jumpa Izzah n Dila yang makin besar dan manis.Tak puasnya nak cubit2 n peluk diorang! Makan2 kat Marche tak hingat punya order.Sekali dapat bil, hehehe..buntang jugak la bijik mata..Thanks you both blanje kitorg.Tah bila lagi bukan senang nak together gather, lagipun pasni Ngah dah pindah KK so peluang nak jumpa & spend masa dgn dia sure limited.



Amierah lately macam lain sikit.Asyik terganggu bila tido pastu nangis kuat2 tiba2 je macam lepas kena marah.Sayu sangat n mendayu2 nangis dia.Kak Mah & Ina kata takde apa2 pun kat dia masa kat nursery, tapi mmg obvious Amierah mcm tade mood n fragile sgt. I wish i can look after her everyday, so i know what happen to her..I just pray n hope everything will be fine-cuba sedapkan hati dgn berfikir yang baik2.But- I'm thinking of changing her to another place for the 4th time.



Anyway, semalam punya makan tengahari mmg best.Best dari segi food dia, ambience dan input yang aku dapat. Enjoy lah! Semalam Dato' belanja pegawai2 dan staf nya makan as a token of appreciation. Banyak cerita dikongsi and i really2 appreciate that!Semoga Allah murahkan rezki Dato'.Thanks Dato'.



Semoga hari ni lebih baik dari hari semalam.



Wednesday, November 19, 2008

I need a break?

Ya Allah..
Horrornya hidup aku lately.
Skang ni pun tgh kurang bermaya cos kena food poisoning. Tgh konfius apa lah yang aku makan sampai teruk kena camni. Kalo bukan laksa depan skolah, mesti mee kari kat kedai **** *** tu heheh.. Inilah akibatnya kalo malas masak and makan luar. Abang dah kena kelmarin.Ni turn aku ngan Amierah plak.
2,3,4 minggu ni mmg teramat2 le busynya. Busy dgn ntah apa2 tah. Apa nak buat, 'saya yang menurut perintah'. Bila ada arahan dari pihak atasan kenalah ikut dengan jayanya. Hari2 kena stayback. Balik umah dah penat, mengalahkan keje buruh rasanya. Mula lah terasa nak ambik maid @ bibik. Boleh la tolong2 kemas umah, sental bilik air, basuh and iron baju, siang ikan ke potong bawang, masak bio aku yang buat heheh...alangkah indahnya kalo ade orang tolong buat semua tu.
Tapi, bila fikir2 balik, kalo ambik bibik ni belum tentu hidup tenang. Privacy komfemlah dah takde. Pastu nak kena dok memikir apalah yang dibuat oleh bibik bila dia kat umah sorang2.Mujur le kalo kita ni jenis tak berharta. Lagi pulak kalo kita tinggalkan anak kita sorg2 kat umah dgn bibik je, aduhai bahayanya meninggalkan anak dengan orang yang tidak dikenali asal usulnya.
So, terpaksalah memadamkan hasrat nak pakai bibik buat masa ni.Keadaan belum terlalu mendesak.Bio lah umah macam kapal karam pun kan heheheh..
Harap2 hidup lebih stabil lepas minggu depan.

Thursday, November 13, 2008

" 12 " rules..

Baru balik dari bercuti.

3hari 2 mlm. Tak cukup rasanya.Mood ujung2 tawun ni, mmg mood percutian.Alangkah indahnya kalau dapat pi berjalan lama2 tanpa menghiraukan urusan pekerjaan.Fuhh...bestnya..

Abang pun dah ceta pasal percutian kita yang pendek tu dalam blog dia. So aku pun takyah lah ulang benda yang sama.Cumanya, aku boleh la buat kesimpulan sikit pasal pi bercuti ni.

Pertama: Lebih best kalau tempat nak pegi tu, senang nak carik tempat solat, makanan halal dan tak susah nak carik makan.(Helo, kitorg kat sana mkn lunch KFC je tau?. Dan sepanjang 2jam perjalanan ke Kundasang takde nampak masjid walau 1 pun kecuali church yang lebih dari 10.Haiyoo..)

Kedua: Lebih best kalau tempat tu tak susah nak dapat toilet yang bersih dan flexible..(aduyai, kesian kitorg..Azah terutamanya, hehehe..)

Ketiga: Pastikan ada 'tourist guide' untuk membantu kita merancang percutian dan tak terlepas pegi tempat2 yg menarik.Thanks to En.Omar & Makcik! Nasib baik ade Innova, kalau naik bas ke cab ke 'masak' la kitorg kat sana..

Keempat: Pastikan anak anda (jika ada) sudah boleh sedikit berdikari supaya sekurang-kurangnya anda ada masa untuk diri sendiri hahahah..

Kelima: Pastikan anda pergi ke 'Pulau' ketiga berkunjung ke Sabah.Jika tidak anda tergolong dalam orang2 yang 'rugi'..heheheh..Snorkling babe...

Keenam: Pastikan anda menjaga barangan2 peribadi dengan baik di tempat asing.Handfon ku telah menjadi mangsa 'tenggelam' atas kelalaian diri.Cis time kat sini takde pulak apa2 terjadik! Inilah akibat terlalu excited berada di tempat orang!

Ketujuh: Pastikan anda membawa sedikit bekalan makanan untuk anak anda (dan anda) ketika berada dalam flight. Jika tidak anda akan berbelanja lebih untuk makanan yang sedikit mahal di atas sana. Tapi jgn expose sgt sebab membawa makanan luar adalah dilarang heheheh..2jam stengah lapo wooo..

Kelapan:Pastikan anda menyenaraikan berapa banyak sedara mara dan kawan2 rapat anda supaya anda dapat membeli souvenir yang cukup untuk mereka.Kang sampai umah baru teringat-Alamak, aku tak belikan pape la untuk dia..hahaha sorry guys....(Tapi, pastikan anda membawa duit yang banyak la yer..)

Kesembilan: Berbelanja untuk souvenir adalah lebih banyak dari berbelanja untuk diri sendiri ketika bercuti.Tak percaya??

Kesepuluh: Pastikan anda membawa kamera ketika bercuti. Rugi babe...Kalau takde boleh pinjam Pojan punya DSLR.Canggih canggih..rugi tak pinjam!

Kesebelas: Pastikan pegi tak terlalu sekejap atau terlalu lama ke sesatu destinasi,mengelakkan bosan atau tak puas!
Kedobelas : Pastikan anda pergi bercuti kemana-mana destinasi jika ada kelapangan.Best woo!hahaha...wohoo lepas ni kita nak jalan2 lagi Yezza!!

Thanks to Muz and Azah berkongsi pengalaman cuti2 kali ni!

Gambar2 percutian akan di upload kemudian. Penulis belum mahir dengan 'picasa' lagi hahaha...

Monday, November 10, 2008

Ikan Oh Ikan (Part 2)

Hehehe..
Merujuk pada posting 'Ikan Oh Ikan' yang sebelum ni.
Akuarium ade.Tulisannya hilang?
Tulah, aku ni bukan reti sangat bubuh2 gambo dalam blog ni.Tah camana tengah2 edit dia ghaib plak.Tak pelah nanti aku postkan cerita baru pasal ikan2 yang aku bela ni dengan gambo2 terbaru yek.

Sunday, November 2, 2008

Sepagi di kampung

Aku kat kampung ni. Tu ha burung tiong tengah menyanyi...
Wohoo boleh tahan laju jugak broadband kat sini.Maju kampungku maju.
Sejak raya haritu baru nilah dapat balik kampung.Kuih raya dan serdak2 dia pun ade lagi terhidang atas meja ni.Aduyai mak, nak bawak ke raya aji ke maak..hehehe..

Amierah apalagi sibuk la dia kat dapur dengan kejakunannya tengok ayam, kucing dan monyet kat belakang umah. Rasa macam dah takyah bawak dia gi zoo dah, sume binatang ada kat umah aku ni.Kucing sebeso rimau pun ada.Ikan je takde bela..

Sesekali balik camni, terasa betapa sunyi nye lah mak ayah aku bila dok berdua kat kampung. Aku ni pun dah terasa sunyi dah cos adik beradik lain tak balik,apalagi la diorang yg dok hari2 berduo kat umah yang agak bosau ni.(Mcm tu kah aku bila menjelang tua nanti?)

Bila malam, sejuuknye le angin kampung mencengkam ke tulang..Fuhh best best sapa yang dah lama tak balik kampung tu mesti jeleskan...

Walaupun dah tak banyak lagi bujang2 kampung yang aku kenal (hahaha)..eh silap2..
walaupun dah takde apa yang boleh dibuat lagi kat kampung ni..(dulu aku petik nenas, koko, kopi,dan kelapa sawit tau!), aku ade banyak kenangan tersimpan yang subur dalam ingatan..

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri..
Aku takmo la hujan batu, hujan biasa2 pun takpe..tapi mmg best lagi dok kat kampung sendiri..
Semoga Allah panjangkan umur kedua ibu bapaku, kaum keluargaku kerana aku masih belum puas berbakti pada mereka..