Macam biasa, setiap rabu malam khamis, abang and de gang akan main badminton kat Melawati.
Aku dah lama perasan, time ada sport gathering mcm semalam, or stp malam jumaat untuk futsal, mesti Abang akan ceria dan wajahnya bercahaya hahaha..Nanti dia akan lebih rajin dari biasa untuk tolong aku kemas umah ke pape yang patut..bagus2..
Dari situ aku tau, abang memang suka giler bila dapat bersukan tak kira la apa jenis pun..
Macam biasa, aku tak akan menghalang..(cewah2 baik tak aku hahaha). Asalkan kena masa dan tak clash dengan apa2 event lain, aku tak kacau. Kalau masa belum ada Amierah dulu, sampai kul 2-3 pagi Abang main futsal pun aku akan ikut cos tanak kena tinggal kat umah sorang2. Patutla Amierah skang kuat menendang!. Skarang ni, aku lebih rela tido je kat umah.
So semalam, abang dah pesan makan dulu jangan tunggu dia cos dia balik lambat . Dalam hati, ala tak bestnya makan sorang2..So, balik keje, lepas pick up Amierah aku pun ter pusing2 nak carik makan. Ingat nak tapau jelah.Tetiba dapatla idea, makan Mc Donald lah! 5 min je daripada umah. Mula2 nak drive thru je. Yelah, kang si kecik tu buat pasal Abang pun takde nak menenangkan.
Waaah best betul, mak dan anak makan McDonald berdua je. Bila aku nak order, aku kata kat crew dia aku nak dine in. Dia plak macam terkejut cos tak sangka aku nak mkn situ (pelik ke? tak faham aku).Diorang pun terus sibuk2 ambikkan baby chair dan tolong hantar makanan ke meja.. (waah ini sudah bagus..pekerja cemerlang!).
Aku pun macam x pecaya aku bleh makan berdua je dgn Amierah. Tak pernah2 pun sebelum ni. Selalu mesti kena ada Abang. Tah le, emosi telebih plak cos aku tak sangka aku ada anak dara yang dah beso dah dan boleh menemankan mak dia makan kat luar Yahuu pasni aku dah ada kawan nak di ajak shopping hahah!!
Best betul feeling dia, cos bila aku takde kawan nak makan, aku tau dah pasni aku nak ajak sapa hahaa..(sori Bang). Dengan merasuah Amierah sebijik belon kaler biru McD punya, aku belikan dia naget dan suruh dia makan dan duduk diam2. Tak sangka anak aku begitu baik dan boleh bekerjasama hahaha..
It was a great feeling.Really!