Thursday, June 11, 2009

' Tempat jatuh lagikan dikenang '


Inilah, Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Laws,tempat bertemu si jejaka dan si gadis..meninggalkan memori terindah buat mereka sebelum menyambung episod perhubungan mereka dengan ikatan pernikahan...Alhamdulillah..


Tarikh 31 Mei 2009, Universiti ini menjadi saksi hari bahgia buat mereka apabila raja dan ratu sehari ini di arak, di apit dan duduk disingghsana indah..
bersama saudara mara dan sahabat taulan sama meraikan..

Tahniah Chee (panggilan manja) @ Adibah Hanim & Nakhaie, pasangan sama cantik sama padan..kini sedang melayari bahgia berbulan madu di kepulauan..duh..nak ikoottt !!!
Selamat MenempOh alam yang baru, menikmati kehidupan yang lebih ....jeng jeng jeng..hehehe..lebih lah segala2nya berbanding ketika zaman solo dulu...hehehe..


Selamat Pengantin Baru!



*Gembira tengok pengantin2, rasa macam nak dok sama bersanding..(dulu tak puas kena kipas hehehe)*



Thursday, June 4, 2009

4th June 1981




Sape lagi, tak lain tak bukan.....



Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk Puan Nurul Fauzana aka Kak Ana @ Pojan @ Kui @ Jojort  yang ke 28 tahun..

Semoga, semoga dan semoga..

..........................
..........................
...........................

(senaraikan wishlist ko ek..)

yang terbaik dan baik2 untuk kehidupan mendatang,
ketabahan, kekuatan, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan,kejayaan segala ke - ke yang baik- baiklah..InsyaAllah...

Semoga Allah memberkati dan merestui perjalanan hidupmu bersama2 yang terkasih dan tersayang....Ameen.



Salam dari Amierah Humairah sekeluarga.







*  Betulla Semerah dah maju skang ade Seven E beso lagik heheh..
    Dan ade satay yang sangat sedap tahap cipan (aku sedang terkenang2)- kat warung depan Petronas paling kanan, malam tadi kul seploh pun sanggup pi beli..
    Ade fun fair lagi skang~sila jangan lepaskan peluang bila ko balik kampung nanti hehe..

Thursday, May 28, 2009

Alhamdulillah..



Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah DARAHKU
Kau adalah JANTUNGKU
Kau adalah HIDUPKU
LENGKAPI DIRIKU
Oh sayang engkau begitu
Sempurna

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa..

Kau adalah DARAHKU
Kau adalah JANTUNGKU
Kau adalah HIDUPKU
LENGKAPI DIRIKU
Oh sayang engkau begitu
SEMPURNA
SEMPURNA



14.7.1997 - 28.5.2009
 
3rd Anniversary

Monday, May 25, 2009

JALSOA Dinner 2009

Event: JALSOA (Judicial and Legal Service Officer's Association) Dinner 2009
Place: Royal Ballroom, Palace Of The Golden Horses
Date : 22 May 2009, 8.00 p.m



                                            Meja 28


Tuan Ghani & hubby

Puan Hamidah & hubby

King


Berg! I miss you!


Belly dancers


Hidayah

Meedah


Meedah & Faizi

Drama apekah ini?

Ali Baba & Marjinah

Suzarika d' Glamm

Duta2 Arab ke Malaysia

Muz, Fir, Ika & Kak Zue

           Rombongan dari Selatan, Juara persembahan terbaik

say Cheeseee

Berg & Me

 Puan2 

                                                       Acip & Berg



Oh CJ, terima kasih..


                  In Purple, Y.A Dato' Mary -our sponsor..

nyum nyum nyum



Aduuhaiii...


Testing penuh gaya



 Antara photos yang sempat di upload..jenuh tunggu haa..
nanti rajin upload lagik banyak2 heheh..


 Terima kasih kepada pihak penaja.
Kita enjoy sangat very very much!
Everything was just nice,sweet and fun!





Saturday, May 23, 2009

"King Of The Night"

Heheheh..

Berbaloi la aku excited gi dinner malam tuh!
Rupa2nya, suamiku telah ditabalkan sebagai King of The Nite- Best Dress Award hehehe..tak sangka you!

Dalam seronok2 menikmati hidangan yang agak sedap (bole tahanlaa..), aku menerima beberapa sms mengatakan Ciki antara calon pilihan untuk Best Dress malam tu-
Takdelah aku nak ambik kisah sgt..Punyelah ghamai dalam ballroom tu takkan la pulak Ciki yang dapat hehehe..

Bila diumumkan pemenang di akhir majlis tu, aku pulak yang tetiba gabra heheh apekah (pehal pulak ekk..)..macam aku le pulak yang menang..

apapun-saksikan antara saat2 yang sempat dirakam-



Antara hadiah, jam tangan Casio



Huisy, ada selempang ala2 ratu cantik gitu!




Tarbush pun dapat tau!

Anugerah telah disampaikan oleh Y.A.A Tan Sri Ketua Hakim Negara.Tan Sri pun sporting gile pakai jubah ngan tarbush siap. Kira malam tu rata2 memenuhi tema Arabian Nite yang ditetapkan oleh penganjur!

Queen Of The Night? Alemak yang pastinya bukan aku la kan...hehehe..tak cukup merelip n vogue laa..Dek kerna gabra aku pun lupa nak amik gambo Queen yang menang malam tu hehehe..maap la yer..



Inilah dia, pemenang anugerah gilang gemilang malam tu..

Well, sronok laa kan..punyelah payah aku pujuk dia pakai baju tu wehh. Malu la konoonnyer nih! Tapi dek kerna Abang yang sporting dan ceria- (cayyang Abang!!) maka ramailah yang mengundi abang pada malam tu..Terima kasih kepada pengundi2 sekalian...hehehe..



Tawun depan kalo dapat di sponser tiket free boleh la consider pi lagik hihihi..







Wednesday, May 20, 2009

ginie in a bottle

Hajat di hati nak gak melaram2 time dinner jumaat mlm sabtu nanti-tapi masalahnya kedekut nak keluarkan duit beli baju hahaha..tak dapek nak nolong!

itupun kira syukur la ade orang belikan meja untuk dinner, siap bulih bawak suami tercinta lagik alahai bestnyerk. kalo aku kena pi sorang2, komfem2 la aku tak mau.datang makan je boleh la..bab2 melaram ni biasanya aku failed!

Sesekali boleh la kan-saja suka2.Tapi tema dia Arabian Nite..kalo boleh pakai telkung aku dah pakai dah hehehe...

Teruja lah jugak ni.Dengo2nya ada 30 lucky draw yang lumayan-mana tau ade rezki sangkut 1 ke 2.

Sape2 yang ade tarbus ke, boleh la pinjamkan untuk abang kita.kasut2 ala2 ginie in a bottle ke..hehehe aduyai mana la nak kaut ni..tolon tolon..

Friday, May 15, 2009

Esok cuti yeay!

Girang hati bila tiba hari Jumaat lebih2 lagi esok cuti hujung minggu.
Walaupun sekarang masa bergerak begitu cepat!Cuti 2 hari terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti- pejam celik, laaa dah hari isnin balik..(sadis)
macam tulah putaran masa sekarang, begitu pantas masa berlalu..hari2 dan hujung minggu berselang seli..
Ada beberapa perancangan dah ada dalam kepala, antaranya menghabiskan masa dengan Amierah kat suatu tempat yang dia sangat suka!
" Bi, Mi, nak alan-alan!" (jalan2) heheh ni lah ungkapan faveret dia yang selalu buat kitorang tergelak-

And congrats to Yassin & Nory for newborn baby girl, Nurman & Adela, also baby girl, alhamdulillah- kami tumpang gembira untuk anda semua! For Meed & Faizi, tak sabar tunggu baby yang cumel tu nanti hehehe!
Welcome guys to the club, insyaAllah..mudah2an segala urusan dipermudahkan.

Lihatlah betapa perjalanan hidup kita, segala-galanya telah di tentukan olehNya, dan hari demi hari akan ada sesuatu perkara yang kadang2 kita tak pernah sangka dan jangka!
Alhamdulillah ala kulli hal..

Semoga doa2 kita akan dikabulkan olehNya, kalau bukan hari ini- mungkin satu masa nanti, insyaAllah!!

**Saat ni hati penulis sedang berbunga2 menunggu jam 5.30, dia mahu pulang!!!

Monday, May 11, 2009

Syurga Membeli Belah

Ini bukannya iklan mega mall mahupun shopping mall yang kian bersepah ibarat cendawan tumbuh sesudah hujan.. 




Katalah apa saja..
Batak ke jakun ke aku, itulah hakikatnya perasaan aku bila buat kali pertama setelah menjadi warga Kolumpo selama lama ni baru berpeluang  menjejakkan kaki ke Pasar ChowKit di ibu kota.
Nak kata terlalu jakun tu idak le, tapi aku tertanya sendiri, napalah aku tak pernah masuk tempat ni sebelum2 ni..terujalah jugak dengan apa yang ade dalam pasar ni kerana dalam banyak2 pasar borong yang penah aku pegi, tak delah yang semewah dan semeriah ini..


wowowo mengancam kan?


Amaran bagi sesapa yang tak suka ke pasar, yang basah dan lekit, tempat yang berpusu2 dan sempit, parking yang payah, jalan yang sibuk dan sesak...baik takyah la datang ke sini sebelum menyesal nanti  hihihi..


Bahan basah kering semua ada, boleh dapat dengan harga yang agak murah..
Contohnya, udang sederhana besar yang biasanya sekilo RM18-RM20 sepanjang musim, kat sini boleh dapat RM14 jer..



cayalah bang! kool jerk

Bagi surirumah2 yang suka masak pastinya rambang mata macam tak cukup jari sepuloh nak bawak plastik2 membeli belah..






Berbaloi mmg berbaloi..tapi stakat nak masak sikit2 je sekali kala makan berdua, datang jauh2 sesak2 mungkinla kurang berbaloi..disarankan pi jelah pasar yang dekat2 & kedai runcit blakang umah..bagi yang nak buat kenduri kendara makan bosau masak2 ke shopping kat sini mmg digalakkan sangat.

Kunjungan kami secara kebetulan sabtu lepas membuka mata aku tentang kewujudan tempat ni yang memang dah lama dengar tapi tak penah tergerak nak masuk dalam isi perutnya sendiri.


ChowKit, aku pasti akan datang ke sana lagi bebila nanti, insyaAllah.

Friday, May 8, 2009

kini ku tau

Pengalaman hampir 4 tahun meninggalkan bangku universiti, dan lebih kurang jangkamasa ni menceburkan diri dalam dunia pekerjaan-baru ini pertama kali berdepan dgn situasi yang agak menjengkelkan.

Baru kiniku 'mengerti' apa yang dimaksudkan dengan politik di tempat kerja.

Pesan Yang Arif Hakim terdahulu, di mana pun kita pergi, kita tak akan dapat lari dari apa yang dinamakan sebagai politik.
Politik membawa erti dan liputan yang sangat luas tetapi lebih spesifik dalam konteks ini adalah politik di tempat kerja, samaada di dalam organisasi kecil mahupun besar.

Kejujuran dan kesabaran akan mengatasi segala-galanya.
Sabarlah duhai hati.

Terima kasih Abg.
You know how i feel.

Tuesday, May 5, 2009

Mekaceh Auntie!


Akhirnya, kita telah memperolehi album kompilasi yang Anti Kui gembar gemburkan dlm entrynya dulu hehehe..



Ummi ngan Abi dengan bersemangatnya sebelum album kompilasi ini diperolehi, telah mencari sebuah frame tetapi bukan di Ikea, hanya di Jusco Kepong 5 minit dari rumah otey hihihi..(bersemangat tak hingat)

Ini gambo feveret Ummi..serta merta terkenang kenangan
 di Penang itu depan chowrasta hehe..

Itu album Miyah yang kaler ijau..kaler pepel tu sape punyer Mi?

Mierah mentelaah albumnya bersama Abi


Ummi, ni Miyah nanges...


Tengok, ni Miyah nyer..



Eeh..ni saper Ummi?Anten !!(pengantin)..
Kepada sesapa yang terasa dirinya masih pengantin lagi, sila dapatkan album kompilasi ini sementara stok masih ada..penghantaran bukan percuma yer..

Anyway,mekaceh Antie Kui!

 Jgn sedih2 tau kena tinggalkan Jitra. Kat SP ada Radix Fried Ciken ape hehehe membesarlah  Auntie dengan ayam radix yerk..hehehe daaah...