Thursday, January 22, 2009

Apples of My Eyes



























Gomen oh Gomen..

Sejak 4-5 bulan kebelakangan, boleh katakan hari2 aku, Muz dan kawan2 seangkatan balik rumah tak kurang dari jam 7 mlm. Ye laa..hari2..Kadang2 sampai pukul 9-10 malam pun ada. Belum kira hujung minggu kena overtime tak berbayar heheh..

Balik lambat bukannya fenomena biasa bagi kakitangan kerajaan.
Bagi sebahagian besar yang keje private,balik lambat adalah sesuatu yang biasa.Tak heran.Sampaikan kalo nak balik awal rasa segan sebab most kawan2 balik lambat.Kalau balik cepat kang kira tak perform la pulak kan.

Tapi, sebahagian besar kakitangan awam,(tak semua yer) sharp pukul 5.00 or 5.30 sure dah berduyun2 beratur nak punch. Kalo bulan puasa, siap ada option boleh balik pukul 4 ptg.Waah best kan?Walhal, ada jugak rupanya kakitangan awam yang terpaksa stayback bersengkang mata nak siapkan workload yang berkoyan2.Itu bergantung pada nature of our job la kan.So, nasib2laa..

Bagi kitorang kat Commercial Division, KL High Court, tiada lagi istilah balik awal sekarang.Whole system kat High Court KL akan berubah
secara besar2an berkuatkuasa Febuari 2009.Yeah, perubahan itu baik.Tapi, untuk merubah sesuatu itu secara keseluruhan secara besar2an tentunya menuntut pengorbanan yang amat besarrr..System? Yup, whole system.Termasuk rombakan kakitangan, kabinet2, komputer2,perkakasan2 dan lebih teruk fail2 yang beribu ribu riban.Nasib baik aku tak kena pindah bilik.Kesian ikan2 aku pun nanti jadik mangsa..

So, bayangkanlah kalo system yang dah sedia ado dan selesa bertapak akan diubah secara tiba2, bukan setakat manusia,semut lipas yang dah beranak pinak kat situ pun sama terkejut.

Aku harap, semua ni berbaloi. Yeah, positif!
Semoga ia mampu memperbaiki sistem kehakiman negara kita kearah yang lebih baik. 'Saya yang menurut perintah' & 'Berkhidmat Untuk Negara'..(antara slogan2 kerajaan).

Mujur punya suami yang understanding..dan tak pernah marah sebab aku dah lama tak masak makan malam dan makan siang hihi..(alasan penat nak masak..ke malas?heheh..)
Yang terkemudian adalah lebih tepat..

Sorii bang...nanti umi blanja makan hehehe..

Sunday, January 18, 2009

Petanda





Selamat pagi.

Tahniah atas kemenangan Pas di Teganu.
heh,aku bukan ambik tau pun perkembangan politik dan pilihanraya kat Teganu, dah memandangkan itu lah antara berita terkini malam tadi selain perang di Gaza..mau tak mau, kenalah tau.Siapa pun pemenangnya, bukanlah satu yang patut dibanggakan. Pemimpin bukan lah untuk di puja suka2, tapi untuk di contohi dan bertanggungjawab atas orang2 di bawahnya.

Gaza?Argghh, aku tak mampu nak tengok kekejaman setan2 bertopengkan manusia. Binatang tak berakal pun tau sayangkan anak2nya.Aku yakin,hanya Allah mampu membalas perbuatan mereka.Tapi, hati mana yang tak tersentuh melihat anak2 Palestine yang tak tau apa2, berlari ke sana sini mencari perlindungan..menderita menahan kesakitan..sebak dada bila membayangkan..wahai ibu2, adakah kalian merasai apa yang aku rasa..membayangkan kita dan anak2 berada di tempat mereka..

Dah 3 malam aku menginap kat DSH ni.
Alhamdulillah, Amierah dah ok,dan boleh discharge hari ni.
Thanks to Dato' Dr.Musa dan nurses2 yang baik2 sekali.

Dulu, kali terakhir Abang buat kimo session kat sini, dalam hati aku kata, inilah kali terakhir kami akan datang ke sini. Byebye hospital..
Yup- masa tu setelah berbulan2 (4 bulan actually) berulang alik hospital ni untuk rawatan Abang. Jujurnya, seminggu sebelum Amierah admitted kat sini, ada 2-3 hari aku terbayang2kan persekitaran hospital ni secara tiba2. Aku terbayangkan bilik dia,nurses dia, suasana dia, segala2lah.Aku dihantui bimbang, kenapa secara tiba2 aku boleh terlintas dan terbayangkan benda2 ni.Cukuplah.Cepat2 aku tepis kerisauan di hati dengan cuba memikirkan benda2 lain.

Rupanya, itu mungkin alamat/petanda Amierah akan mengunjungi hospital ni kali ini.
Subhanallah, mungkin kah ini '6 sense' seorang ibu.

Amierah demam panas sehingga 39' selama 3 hari berturut.Aku bawak ke klinik 2 kali sebelum terus direfer ke hospital ni.
Budak seusia Amierah, mmg bahaya kalau dibiarkan demam berpanjangan.Alhamdulilah, semuanya baik sekarang,tinggal batuk dan selsema je.Dia di jangkiti bakteria/virus dalam pernafasan.Mungkin dari persekitaran.Sorang kawan dia kat nursery yang sama pun admitted kat sini (bilik 281) atas sebab yang lebih kurang sama.Aku bersyukur kerana ada rezki mendapat rawatan yang baik dan cepat di sini. Terlalu banyak dan besar nikmat yang Allah berikan, jika nak dibandingkan saudara2 kita di Gaza.

Mungkinkah, ada hari di mana, kita di Malaysia akan di uji oleh Allah dengan sesuatu yang tidak terjangka?
Aku sangat percaya pada kekuasaan Allah yang tidak terduga,setelah apa yang pernah aku lalui selama ini.Subhanallah..

Friday, January 9, 2009

Spa Ikan


Waah..rajin betul kawan2 kita update blog skarang ni..bagusnya, rupanya ada banyak perkara yang boleh dikongsi bersama selain asyik bgosip2 hangat bila berjumpa. ( Aku kah itu?)haha..
Secara tak langsung, dapatlah kita  tau keadaan semasa melalui blog ni..kan?


Here, some photos @ Fish Spa yang kitorang kunjungi beberapa bulan lepas..
Dah banyak dah spa mcm ni kat mana2 yang menawarkan kononnya ikan2 ni mampu memakan sel2 mati kulit, mampu melancarkan peredaran darah..tah macam2 lagilah.
Aku pon tak tau betul ke idak, tak sempat nak buat kajian.Kut la saje je diorang ni nak carik makan cara ni..



Tapi, aku rasa macam menarik plak untuk dicuba- selama ni, dok tengok orang je..
so bila nampak haritu, tetiba terbukak pintu hati nak mencuba.Sepuloh minit RM5. Memmmang la boleh  buat duit! 


Tapi, bila cecah je kaki kat air tu masyaAllah, dah terkumat kamit mulut ikan2 tu kat bawah kaki kita menunggu mangsa (kaki aku ler)..perasaan kegelian tu mmg tak tau laa nak kata..try le baru tau.heheh..tapi lepas 2-3 minit tu mcm syok pulak, kan bang?


Kali kedua datang lagi dengan adik ipar plak, langsung dia tak berani. Geli.
Yang bestnya ade pakcik tu punyala tak tahan geli, cecah je kaki kat air, tak tahan-terus angkat kaki dia penuh perasaan dengan ikan2 tu skali tercampak keluar kolam hahaha..kesian ikan..



Tapi, mmg 'psyco' la..lepas tu, tak semena2 rasa ringan je kaki..seperti kulit bayi lagi hihi...




                                                                                                                              

              


                                             

Saturday, January 3, 2009

1 January 2009

Inilah dia tempatnya di mana aku meraikan tahun baru 2009. D' Muara Marine Park.

Best waak..sikit lagi, air ni tinggi cos air pasang time dah nak maghrib...
Angin & ombak memukul pantai..fuhh...


Bila Pojan ajak2 ayam aritu, aku apalagi? Kitorang mmg suka bab berjalan2 ni.
Memang dah lama aku berangan2 nak pi memancing. 
Wonder perasaannya mendapat ikan di hujung mata kail..waduuh...

Sejak pregnant dulu aku cakap kat Abang (a.k.a Ciki) nak gi mancing (ala2 ngidam gitu) tapi dia buat tak reti jer..Ala2 mengarut la gaknya impian aku tu.
So, dengo je Amir & Pojan nak gi mancing, aku pun ON je la.YippiE!!

Amir & Pojan berdua2an memancing ikan,
sambil memadu asmara di saksikan ombak pantai huhu




nyum2...




             Amierah chef yang paling sibuk membakar & mengira
 berapa bijik kerang yang ada...tengok cara dia pegang
senduk tu..bertuah la bakal suaminya nanti...



                                                              
                         
                          Ni bbq ayam, ikan, udang dan kerang marinate air tangan Amir.
                         Sedap giler marinate dia pergh...(pojan bila nak bagi resepi?)
                         Angin bertiup kencang, takyah kipas2 dah...

                                Akhirnya...merasa aku dapat ikan haha..ikan duri..



                             Ikan2 yang dipancing semuanya dilepaskan semula ke laut..
                             Gambo kenangan sebelum semua masuk tido..haha..


Best giler.

Time tido ade bunyi ombak laut...udara yang segar..(air cond pun ada..haha..), 
nampak bot ulang alik dari jeti ke laut nak carik hasil tangkapan...
Tima kasih atas tajaan batang pancing dari Amir, bawak jauh naik kapalterbang huhu..Pasni nak pi lagi, nak carik ikan beso2 yang boleh jual..hahah..
PuKul 4 pagi 2 Januari 2009, dengan beratnya, bertolak balik ke KL.Sempat singgah pasar Sekinchan pagi2 buta tu carik udang besar yang segar baru naik dari laut, RM13 sekilo..worth it!
Terpaksa masuk keje dengan mata yang rabak kerna kerja2 banyak menanti di ofis.Ikutkan hati mau je aku memonteng dan merasa betapa indahnya matahari terbit dan udara nyaman di tepi pantai...

Kadang2, perkara yang di rancang 'last minute' boleh jadi begitu 'happening' dan menggembirakan.Yang penting kita EnjoYY!!!

**gambo2 ihsan www.kuizikel.com