Amierah Humairah di lahirkan dengan cara pembedahan@caesarean.
Really, I had no choice.
Tak pernah terlintas dalam fikiran akan melalui pengalaman ini, lebih2 lagi tak
de sorang pun dalam keluarga pernah melalui pengalaman begini. So, aku yakin dapat melalui proses kelahiran biasa sepertimana ibu2 lain inginkan. Doktor2 pun sepanjang 9bulan menjangkakan semuanya normal dan tiada komplikasi pada kandungan. Sesal jugak kerana tak buat persediaan @ persiapan awal dari segi pembacaan dan sebagainya supaya emosi dan mental akan lebih bersedia menerima sesuatu yg tak terduga.
Mengimbau kenangan ketika itu, seawal jam 4 pagi aku dikejutkan dengan tanda-tanda awal bahawa 'masanya' telah tiba untuk kami bertemu si 'dia'. Air ketuban pecah...
Air ketuban ni asalnya dari cecair rembesan kulit bayi yang mengelilingi bayi dalam kandungan ibu, yang berperanan besar dalam memastikan keselamatan bayi dalam kandungan. Kira mcm protection baby masa dalam perutlah. Waktu tu, aku masih boleh rilex lagi dan kejutkan Abang yang tgh nyenyak tido.. Malam sebelum tidur tu sempat la kami melantak pizza hut dan air coke kat belakang umah dan siangnya aku masih memandu sendiri untuk ke klinik for last check up. Sambil kemas2 barang nak ke hospital, sempat lagi aku mop lantai sikit2 dan basuh baju sekali pusing memandangkan rumah akan ditinggalkan agak lama so just utk pastikan dalam keadaan terkawal.
Setibanya di hospital sebelum subuh, setelah melalui procedure2 yang ditetapkan, belum ada tanda2 sakit sedangkan air ketuban tak henti2 keluar sehingga lah aku terpaksa di indius untuk mempercepatkan kelahiran. Sakit mula terasa dan baru aku mengerti apa itu contraction dan betapa perlunya besi di tepi katil untuk aku pegang ketika menahan kesakitan.
Akhirnya, lebih kurang jam 12 tghari , ketika Abang ke masjid untuk solat Jumaat aku di paksa (tanpa rela) untuk menjalani pembedahan demi menyelamatkan nyawa bayi. Doktor kata bayi boleh dijangkiti kuman. (Thanks Doc!) Not to mention which hospital, (in fact i feel so regret for choosing this hospital) awal2 lagi sebelum masuk ke wad aku cuba minta ditukarkan ke hospital lain tapi tak dibenarkan. Mungkin terlalu lewat untuk aku buat keputusan demikian.Benarlah instinct kadang2 telah memberi signal awal bahawa sesuatu akan berlaku tak seperti yang kita harapkan. Segelintir dari kakitangan hospital tersebut tidak dapat memberikan perkhidmatan baik yang diharapkan oleh pesakit2 dan pelawat2 yang datang.
Bayangkan pukul 12tghri aku di bawa masuk ke Operation Theathre, pukul 4 ptg barulah doktornya tiba dengan alasan stuck dengan pembedahan lain. Akibatnya, aku yang lemas keletihan menahan contraction berpanjangan..sedangkan awalnya doktor begitu mendesak agar pembedahan cepat2 dijalankan ditakuti baby kena infection. Aku percaya nurses yang memegang 2 kaki dan dan 2 tangan aku pun letih dok menenangkan aku sementara menanti doktor yang tak sampai2. Sehinggalah epidural menyelinap masuk ke seluruh urat saraf, akhirnya aku dapat bertenang sehingga tak mampu menggerakkan walaupun satu ibu jari kaki.
Membayangkan detik2 separuh sedar ketika perut ini dibelah untuk menyelamatkan seorang bayi dan bakal ibu, seperti membayangkan melihat rancangan Medik TV. Setiap apa yang dibicarakan oleh doktor2 dan nurses mampu didengar satu persatu. Aku hanya mampu mengerlipkan mata sesekali memejamkan mata sambil membaca ayat2 pendek supaya urusan dipermudahkan. Aku hanya berharap agar Abang dapat berada di sisi waktu ni, apakan daya polisi hospital tak membenarkan. Aku dapat merasakan air mata mengalir dipipi tapi tak mampu di kesat oleh tangan sendiri.
Akhirnya jam 4.52 petang Jumaat 29 Jun 2007, dapatlah aku menatap si kecil buat kali pertama. Dengan seberat 2.89 dan rambutnya yang hitam lebat hampir memenuhi mukanya, dan wajahnya yang kemerah2an, kami sepakat memberikan namanya Amierah Humairah bte Mohd.Zairy. (Pemimpin/Puteri yang kemerah2an.)
Kini usianya hampir menjangkau setahun 4bulan. Kini membesar dengan gaya dan cara tersendiri. Inilah amanah dan hadiah Allah pada kami yang paling bernilai dan membahagiakan.
Aku kini masih bernyawa setelah melalui proses pembedahan yg bagi aku agak mengerikan Subhanallah. Alhamdulillah..
Tidak kiralah samada secara normal atau pembedahan, bagaimana berbeza proses dan sakit antara keduanya, janganlah dipersoalkan. Aku percaya bahagian masing2 telah ditetapkan dan kita perlu redha menerimanya.Kini semuanya selamat dan kami amat bersyukur.
Mengingat kata2 seorang yang bernama N*Z*M, setahun yang lalu, "Kau tu bukannya beranak, kau tu cuma mengeluarkan anak"...
Aku hanya mampu terdiam dan tersenyum pahit.
Andainya dia mengerti hati dan naluri seorang ibu, dan apa yang di alaminya ketika itu, aku percaya dia tak akan berkata begitu.