Sapalah kita nak persoalkan kekuasaan Dia..kadang2 bila ada sesuatu menimpa diri kita atau sesiapa pun, hati kita akan terus terdetik, kenapalah jadik mcm ni..
Sedangkan kita tak tau apakah 'hikmah' yg sebenar di sebalik semua ni.Kita hanya mampu merancang dan menduga...
yang sebenar2nya Dia yang tahu cuma..
Untuk tidak bersedih dan berhiba hati, aku kenangkan bahawa Rasulullah sendiri tidak pernah sunyi daripada di uji oleh Allah.Rasulullah pun pernah mengalami erti kehilangan, kesusahan, kesederhanaan, kepayahan, dan tidak henti2 berdepan dgn musuh Islam dalam cubaan-cubaan yang tak berkesudahan. Akhirnya, Baginda di anugerahi Jannah, atas kesabarannya dan taatnya kepada Allah.
Apatah lagi aku ini, manusia biasa yg penuh noda dan dosa..apakah ujian ini setanding dengan dengan Rasulullah..
Aku akur, putaran dunia menghendaki aku melalui suka dan duka..tidak hanya mendongak ke langit, malah perlu sentiasa tunduk ke bumi.Itulah sebenarnya akan membuatkan kita terasa lebih dekat dgn Nya, kerana dianugerahi peluang merasai pengalaman yang tidak ternilai.
Percayalah,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Percayalah,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Perasaan ini tidak akan mampu digambarkan dengan kata sepatah dua..
Sesungguhnya,
'Tiada yang abadi dalam dunia ini..Akhirat jua yang hakiki..'
Tapi,
adakah aku sudah benar2 bersedia untuk menerima hakikat ini...?
0 comments:
Post a Comment