Friday, June 6, 2008

We are meant to be together..

Banyak occasion yang lalu yang membuatkan aku percaya bahawa kita telah dijodohkan untuk bersama.
Selalunya tanpa disedari kita dapat meneka hati masing2 seolah2 boleh membaca apa yang berada dalam fikiran masing2. (Instinct yang sama la kununnye a.k.a 'six sense'!)

Maka banyak la perkara yang kita buat akan menjurus kepada persamaan itu. Antaranya, kita baru nak surprisekan dia, dia pulak surprisekan kita benda yang sama! (kan bang?)

Tapi, adakalanya tak macam tu..sebab tulah nanti timbul gaduh2 manja or perang dunia ke empat bila tak sependapat atau tak sealiran perasaan tu hehehe..
Biasalah tuu..kalau setiap masa nak sama nanti tak seronok la pulak-

Inilah yang di katakan jodoh.Ikan di laut asam di darat, pasti akan bertemu jua..
Sejauh mana kita berlari dan dipisahkan oleh jarak dan masa, kalau dah jodoh, tak ke mana. Sampai bila?Itu pastinya di luar kemampuan kita. Hanya mampu berdoa dan berharap supaya kekal berpanjangan.

Yang pastinya- aku yakin,
kalau kita menyayangi seseorang itu sepenuhnya,
menerima dia seadanya dan berusaha menyelami hati dan perasaannya dgn sejujurnya,
tak mustahil 'instinct yang sama a.k.a 'six sense' ini akan berlaku lagi bila2 masa dan di mana jua!

Monday, June 2, 2008

We both know..

Buat suamiku,

Yakinlah,
Kita mampu menghadapinya.
Sebagaimana kita menghadapi segalanya bersama selama ini.

Allah Maha Adil.

Sapalah kita nak persoalkan kekuasaan Dia..kadang2 bila ada sesuatu menimpa diri kita atau sesiapa pun, hati kita akan terus terdetik, kenapalah jadik mcm ni..

Sedangkan kita tak tau apakah 'hikmah' yg sebenar di sebalik semua ni.Kita hanya mampu merancang dan menduga...
yang sebenar2nya Dia yang tahu cuma..

Untuk tidak bersedih dan berhiba hati, aku kenangkan bahawa Rasulullah sendiri tidak pernah sunyi daripada di uji oleh Allah.Rasulullah pun pernah mengalami erti kehilangan, kesusahan, kesederhanaan, kepayahan, dan tidak henti2 berdepan dgn musuh Islam dalam cubaan-cubaan yang tak berkesudahan. Akhirnya, Baginda di anugerahi Jannah, atas kesabarannya dan taatnya kepada Allah.

Apatah lagi aku ini, manusia biasa yg penuh noda dan dosa..apakah ujian ini setanding dengan dengan Rasulullah..
Aku akur, putaran dunia menghendaki aku melalui suka dan duka..tidak hanya mendongak ke langit, malah perlu sentiasa tunduk ke bumi.Itulah sebenarnya akan membuatkan kita terasa lebih dekat dgn Nya, kerana dianugerahi peluang merasai pengalaman yang tidak ternilai.

Percayalah,
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Perasaan ini tidak akan mampu digambarkan dengan kata sepatah dua..
Sesungguhnya,
'Tiada yang abadi dalam dunia ini..Akhirat jua yang hakiki..'
Tapi,
adakah aku sudah benar2 bersedia untuk menerima hakikat ini...?