Tuesday, October 21, 2008

Life is so short.

Back to normal;

Rutin seharian kembali seperti dulu. Sebelum ni tune lari skit dek kerana bulan posa dan hari raya.

So, banyaklah perkara2 nak kena upgrade lepas ni.Upgrade.Upgrade.Upgrade!

Dalam kesibukan kerja2 seharian, kerja pejabat dan rumahtangga, mengisi undangan kawin dan jemputan makan,(makan saje!) dan hari-hari di hujung2 tahun yang ber 'mood' kan percutian, kena selalu mengingatkan diri supaya tak lupa dan leka sgt dengan keduniaan.

Apa yang berlaku disekeliling kita, terutamanya apa yang berlaku pada diri sendiri, pada setiap hari yang berganti- dan mendengarkan cerita kawan-kawan, adakalanya cukup menginsafkan.Belum lagi dengar berita kat TV ke kat mana ke dengan berita2 sedih terutamanya, selalu akan tertanya, kalau jadik kat aku macamana lah agaknya.

Kemudian, soalan tu terhenti kat situ. Tak boleh nak teruskan dah.Boleh la bayangkan perkara tu terjadi pada kita, tapi untuk membayangkan kita berada di tempat orang yang mengalami sesuatu kejadian tu, aku tak mampu. Sehinggalah sesuatu itu benar2 terjadi dan menimpa kita, barulah kita akan tau bagaimana perasaannya.


Life is so00 short.


Benar kata orang, manusia selalunya lupa.Bila gembira, lupakan DIA. Bila susah, sebaliknya lah.


Secebis ingatan untuk dikongsi bersama-

Marilah kita sentiasa 'ingat' pada DIA, dalam apa jua cara. Semoga DIA akan 'ingat' pada kita. Kerana hidup kita kat dunia ni sebenarnya tak ada apa..melainkan untuk dapatkan keredhaan 'DIA'.
Mudah2an kita juga akan 'redha' dengan setiap apa yang diberikan oleh NYA.

Wallahua'lam.







1 comments:

kuizikel said...

Experience is what you get when you didn’t get what you wanted...

ada kaitan tak ngan post ko ni? heh