Sunday, January 18, 2009
Petanda
Selamat pagi.
Tahniah atas kemenangan Pas di Teganu.
heh,aku bukan ambik tau pun perkembangan politik dan pilihanraya kat Teganu, dah memandangkan itu lah antara berita terkini malam tadi selain perang di Gaza..mau tak mau, kenalah tau.Siapa pun pemenangnya, bukanlah satu yang patut dibanggakan. Pemimpin bukan lah untuk di puja suka2, tapi untuk di contohi dan bertanggungjawab atas orang2 di bawahnya.
Gaza?Argghh, aku tak mampu nak tengok kekejaman setan2 bertopengkan manusia. Binatang tak berakal pun tau sayangkan anak2nya.Aku yakin,hanya Allah mampu membalas perbuatan mereka.Tapi, hati mana yang tak tersentuh melihat anak2 Palestine yang tak tau apa2, berlari ke sana sini mencari perlindungan..menderita menahan kesakitan..sebak dada bila membayangkan..wahai ibu2, adakah kalian merasai apa yang aku rasa..membayangkan kita dan anak2 berada di tempat mereka..
Dah 3 malam aku menginap kat DSH ni.
Alhamdulillah, Amierah dah ok,dan boleh discharge hari ni.
Thanks to Dato' Dr.Musa dan nurses2 yang baik2 sekali.
Dulu, kali terakhir Abang buat kimo session kat sini, dalam hati aku kata, inilah kali terakhir kami akan datang ke sini. Byebye hospital..
Yup- masa tu setelah berbulan2 (4 bulan actually) berulang alik hospital ni untuk rawatan Abang. Jujurnya, seminggu sebelum Amierah admitted kat sini, ada 2-3 hari aku terbayang2kan persekitaran hospital ni secara tiba2. Aku terbayangkan bilik dia,nurses dia, suasana dia, segala2lah.Aku dihantui bimbang, kenapa secara tiba2 aku boleh terlintas dan terbayangkan benda2 ni.Cukuplah.Cepat2 aku tepis kerisauan di hati dengan cuba memikirkan benda2 lain.
Rupanya, itu mungkin alamat/petanda Amierah akan mengunjungi hospital ni kali ini.
Subhanallah, mungkin kah ini '6 sense' seorang ibu.
Amierah demam panas sehingga 39' selama 3 hari berturut.Aku bawak ke klinik 2 kali sebelum terus direfer ke hospital ni.
Budak seusia Amierah, mmg bahaya kalau dibiarkan demam berpanjangan.Alhamdulilah, semuanya baik sekarang,tinggal batuk dan selsema je.Dia di jangkiti bakteria/virus dalam pernafasan.Mungkin dari persekitaran.Sorang kawan dia kat nursery yang sama pun admitted kat sini (bilik 281) atas sebab yang lebih kurang sama.Aku bersyukur kerana ada rezki mendapat rawatan yang baik dan cepat di sini. Terlalu banyak dan besar nikmat yang Allah berikan, jika nak dibandingkan saudara2 kita di Gaza.
Mungkinkah, ada hari di mana, kita di Malaysia akan di uji oleh Allah dengan sesuatu yang tidak terjangka?
Aku sangat percaya pada kekuasaan Allah yang tidak terduga,setelah apa yang pernah aku lalui selama ini.Subhanallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yeay!! mierah dah balik, yeyeh..
take care ye mierah.. jgn nakal2..
ye haa..Amierah bole mobit2, i like to mobit2..
heheh..Pak Din bila nak ajak Saffiyah main mobit2 ngan Amierah?
bile la nak pg tgk amierah. hopefully, god willing she's getting better and stronger! :D
yeah mierah dah bleh mobit2...
nanti wat lakunan ngan meow2 lagi ek...
Post a Comment