Saturday, March 14, 2009

Main pondok pondok!!

Teringat dulu masa kecik2- Aku, Long & Ngah selalu main pondok2 bawah pokok durian sebelah rumah. Eh, aku rasa Long macam tak join sgt sebab dia kakak yang baik dan rajin. Tapi yang boleh aku ingat aku geng dengan Elis, Izam, Hairi dan Epi (semuanya jiran2 kiri dan kanan). Bukan stakat main masak2 kat celah2 akar pokok durian tapi main kawen2 pun ade tau hakhak...

Tak sangka skang suma dah kawen dan branak pinak (kecuai Izam yang nak kawen bulan Mei ni)..dan aku percaya skang kita suma dah takde main pondok2 dah-sebaliknya memikirkan tempat masak yang lebih selamat dan lebih 'real' dari celah2 akar pokok durian tu hahaha.

Menginjak kedewasaan masing2 dah tah kat mana2 tapi aku percaya masing2 takkan lupa zaman2 kecik yang mengujakan.

Kini, aku bersama suami terchenta berdua-dua'an sedang berusaha merealisasikan kediaman impian yang berkonsepkan simple & kontemporari.

Aduyai..pensan..mana nak cekau duit nih..


Abang khusyuk buat kira-kira. Kira duit ke bang?



Mmm..bilik tidur macam kat hotel tak?



Tempat simpan periuk belanga..



Antara yang aku suka..



Putih tampak menawan!



Ini pon ok gaak..


Banyak gak tempat yang dah di kunjungi.Masing2 menawarkan harga yang aduhai..
Nak yang murah, kena usaha lebih skit, survey, survey dan survey..
Sesapa ade pakcik makcik ipar duai abang angkat yang ade buat perkhidmatan kontraktor dan yang sewaktu dengannya silalah rekomenkan kami dgn segera ya!

6 comments:

~tuah.rimbun~ said...

survey2.....
jgn tak survey...

cantik dan menarik....
selamat duduk rumah baru...

kuizikel said...

sib baik tak kena buah durian time luruh...hehehe.. aku pon dulu siap cilok periuk kat umah pegi bawak masak ubi n air kat umah pacik aku... haha... khemah siap ada zink tu.. tak boleh belah betul :D

kontraktor tade la, tapi ikea TERBAIK la :)..kaler putih ngam.. tapi nanti lama2 dia mcm akan jd kuning2...amik merah, buat konsep merah + putih @ merah + hitam, glow seh... gi download software ukur kitchen ke bilik ke, bleh design sndiri.. klu penasihat ikea aku kenal la (my big bro)..hehe

Langit Jiwa said...

perghhhh, cantik menarik tertarik kitchen design kau mmg the domb la nad..

roSebud said...

tuah,
apa crita rumah yang kat Klang tu?

kui,
ekau boleh gak jadik kitchen konsultan

Dent,
ini bukan design aku, ini design ikea ler hikhikhik..kang kena copyright plak aku kang..

~tuah.rimbun~ said...

ntahlah rumah kat kelang tu..
dah 3 bulan aku tak jenguk..
jobless ni ada sapa2 nak beli ke??

MizWaR_SuLHaFaT said...

kontraktor? my cousin... dok shah alam...