Wednesday, April 29, 2009

Mierah, Ummi rindu..



Malam ini,
Ummi bermalam tanpa Mierah disisi..

Mierah,
tidurlah dengan lena..
Ummi rindu suaramu..rindu keletahmu..
terbayang2 kelibatmu bermain2 di ruang ini..tiap malam sebelum kita tidur..

Ummi sebut nama Mierah dalam hati Ummi,
Ummi sentiasa ingatkan Mierah dalam doa dan ingatan Ummi,

Semoga rindu ini diterbangkan oleh angin malam..
Supaya Mierah tau,

Ummi dan Abi rindu padamu.


Monday, April 27, 2009

Sekitar Majlis


Tarikh: 25 April 2009
Majlis 1. Kalien@ Izwan & Wife @ Jalan Jonid Muar
Majlis 2. Ayin & Shall @ Lorong Amran,Muar



                                                                             Shall & Ayin

                                                                            Lagi gambar


                                                                            Shall & Me


                                                                   Kalien@Izwan & Wife


                                                                 Ebnu Sina,wife  & anak kedua


                                                                                Zaman & Milah 


                                                                                  Amierah ngantuk

                                         Yuzlinawati still dalam pantang anak kedua

                                                                      Ciki, Zaman & Kurip

Selamat Pengantin Baru!
Semoga berkekalan bahgia sehingga ke syurga.


Friday, April 24, 2009

28 RabiulAkhir 1430H

Dalam kesibukan aku sehari2 mengejar keduniaan, baru aku sedar masa begitu laju bergerak meninggalkan hari2 semalam. Baru haritu aku memasang azam untuk tahun 2009, sekarang pulak dah hampir sampai ke pertengahan 2009 sebelum kedatangan 2010. Begitu cepat masa berlalu. 

Teringat kata2 TZ satu masa dulu, kalau kita terlalu sibukkan dengan urusan dunia, dan kurang sibuk dgn urusan akhirat, tentu kita rasa masa tak pernah cukup untuk kita.Sebaliknya kalau lebih masa kita peruntukkan untuk Dia, Dia pasti akan mencukupkan pembahagian masa untuk kita.

                        
                                                                    *********

Hari ni aku ambik mc. Dah dekat 2 minggu batuk kering yang buat aku asyik terjaga malam. 3 hari kebelakangan, aku start demam on and off.Org lain rasa panas, aku rasa sejuk semacam dan pagi tadi rasa tak larat nak bangun.


Seronok dengar khabar gembira Pojan yang dah naik pangkat ke gred 44 dan dapat anugerah cemerlang.Muz pun sama, selain dapat anugerah cemerlang dapat konfem ke tetap akhirnya. Alhamdulillah. Congratulations! Bersyukur sangat2 atas kurniaan Dia. You both deserved it! Allah itu maha Adil. Kadang2 kita mungkin rasa macam tak adilnya dunia,tapi Allah dah tetapkan bahagian masing2 itu ada.
insyaAllah..

Aku hargai waktu2 aku berpeluang duduk bersendirian macam ni, antara lainnya waktu drive sorang2.Tu yang kadang2 kena hon je dgn org belakang. Maklumlah, waktu lain terlalu sibuk dengan urusan yang macam2, waktu drive lah aku dapat berangan dan termenung dan berfikir. Terkenang pada banyak perkara, terutamanya betapa syukurnya Allah masih memberi nikmat kepada aku walaupun sering aku menjadi hambaNya yang lalai dan kufur nikmat.


Bila sakit baru terasa betapa besarnya nikmat kesihatan. Bila sakit, makan yang sedap macamana pun kita tak lalu nak makan. Duit banyak manapun tak boleh membuatkan kita gembira dan boleh berpoya2.Mungkin aku kena lebih menjaga kesihatan diri dengan banyak bersenam dan jaga pemakanan..(helo, aku baru beli sport shoes yang baru okey hihihi), banyak baju2 aku yang dah tak muat dipakai.Berat badan dah naik berlipat kali ganda aduyai..Setiap hari pegi keje rasa bosan asyik pakai baju yang sama.Sungguh tak berkembangnya hidup aku ni.

By the way, anak dara ku semakin hari sudah semakin membesar.Percaya tak dalam sehari bekerja aku hanya dapat berjumpa dan bercakap dgn dia hanya untuk 2-3 jam cuma.Itupun bukannya 2-3 jam tu kita bercakap sepenuhnya. Itu ke yang dinamakan masa itu mencemburui kita? Ntahlah..Harapkan weekend je boleh buat aktiviti lebih dengan dia.Alhamdulillah, ada banyak peningkatan dalam diri dia walaupun kekurangan masa dengan ummi dia..mmg betul anak2 ni ibarat kain putih dan kita yang dewasa ni yang boleh mencorakkan cara hidup mereka..Maafkan ummi Mierah,ummi masih belum berjaya melatih Mierah menggosok gigi hihihi..gigi dia dah nak bertukar kaler dah ni heheh.Payah betul laa nak soh gosok gigi budak nih! Hari ni Amierah pun mc temankan ummi kat rumah.


Dan malam ni, kita akan pulang ke kampung.
Selain bertemu mak ayah dan keluarga, esok kita nak menghadiri hari bahgia kawan kita Shaliana bte Sajuddin. Tahniah jugak! Betapa keciknya dunia, kawan aku yang sorang ini bertemu jodoh dengan kawan Ciki nun di Sg. Petani heheh..

Dan bagi sesiapa yang merindui aku dan Mierah terutamanya mak angkat Mierah si Pojan itu  bolehla melihat gambar terbaru Mierah sekuarga,

Mierah bersama baju kesukaannya Upin dan Ipin


** Psst, Pojan jadik ke Isnin  malam slasa ?aduuh tak sabaunyer hehehe...
kawan2 mari kita pow sama dia!!!
**Suzarika,kau pon dapat anugerah cemerlang yer, jgn buat2 lupa plak nak kena open table hihihi..(;p tak malu..)

Tuesday, April 14, 2009

good friend




Happy birthday Mirzana.

Allah bless you, always.

I miss the moment that we've spent together before.

Monday, April 13, 2009

Kepulauan

Melihat kebiruan air, kehijauan alam, merasai sentuhan angin, menyaksikan kepelbagaian hidupan laut, dan senja nan merah tika malam menjelang..

segalanya mendamaikan perasaan, memberikan ketenangan jiwa dan fikiran..

Nikmati, keindahan alam ciptaan Tuhan..



















Subhanallah...
Tak mampu aku berhenti dari membayangkan suasana di kepulauan yang indah dan aman.
Satu masa akan ku ke sana..

Friday, April 10, 2009

Tinggal kenangan

Semalam, lebih kurang jam 11.45 pagi, Abang call maklumkan Atuk Encik dah meninggal.
Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Baru sekejap Mak Su telefon bercerita keadaan Atuk. Baru sekejap Mak Dah sms maklumkan pasal Atuk. Baru sekejap jugak Abang beritau Atuk dah tak ada.

Aku ada mesyuarat yang agak tergempar di Putrajaya petangnya. Setelah berbincang, Abang akan ambik aku terus di Putrajaya dalam jam 2 ptg dan terus balik ke kampung.

Last minute plan, jam 1.30 aku ubah fikiran untuk terus balik ke kampung tanpa pergi ke mesyuarat langsung kerana aku fikir itu adalah jalan terbaik dan terutama pada ketika itu.

Aku, Abang & Amierah dengan sorang lagi cousin dari Penang memulakan perjalanan balik dengan agak sepi.Hujan yang lebat sampai tak nampak jalan dan kejap2 hujan kejap2 tak menyukarkan sikit perjalanan hari itu. Dengan kelajuan 160-180km/j aku rasa polis pun takut nak tahan dan harap2 takde speed trap yang tersangkut kerana pada waktu tu kami cuma berharap dapat melihat wajah Atuk buat kali terakhir.

Hajat untuk solatkan jenazah tak tercapai kerana jenazah telah dibawa ke kubur untuk disemadikan.

Alhamdulillah, dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat exit Pagoh, kami mengambil masa 2 jam perjalanan yang biasanya 4 jam dan dalam 2 jam tu 2 kali Amierah muntah dek kepeningan dan mabuk, akhirnya kami sampai ke kubur sebelum jenazah di kebumikan dan sempatlah kami menatap wajah Atuk buat kali terakhir walaupun untuk seketika. Bersemadilah Atuk dengan aman dan tenang. Satu masa nanti aku juga akan menemani jasad Atuk di bawah sana.

Ini adalah kali pertama aku ke kubur untuk melihat sendiri proses persemadian jenazah. Selain hanya melihat di tv, sebelum ini, aku membiarkan diri aku untuk hanya berada di rumah atau masjid saja apabila melawat, tapi kali ni aku gagahi jugak atas desakan emosi.
Ketika berjalan pulang dari kubur aku teringat2 apa yang pernah aku pelajari satu masa dulu, bahawa setiap dari kita akan ditanya oleh Malaikat tentang pelbagai soalan setelah beberapa langkah manusia pergi meninggalkan kita di liang lahad untuk pulang.Subhanallah, bagaimanakah keadaan itu nanti, tak dapat aku membayangkan.


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kenduri dan tahlil berjalan seperti jadual.Sebelum berehat, sempat aku dan Abang berbual dengan bibik Wiwin yang bertanggungjawab menjaga Atuk berdua di rumah ini hampir 3 tahun.

Kata Wiwin, ada beberapa tanda awal yang menunjukkan Atuk bakal pergi meninggalkan kami yang agak ketara dalam 2 bulan kebelakangan ini;

Antaranya, di kala usia Atuk yang menjangkau hampir 90-an, Atuk sudah kembali seperti zaman ke anak-anakan.

Sebelum meninggal dunia, Atuk pada satu hari telah memohon maaf kepada bibik Wiwin atas segala dosa dan mengatakan bibik adalah seorang yang baik.
(benar, Wiwin sememangnya bibik yang baik)

Wajah Atuk dalam 2 bulan kebelakangan menampakkan perbezaan warna dan air muka. Kadangkala air muka dan wajah Atuk menjadi kekuningan, kehitaman dan kehijauan. (aku pun tak dapat nak membayangkan).

Bau badan dan diri Atuk seperti bau bayi. Atuk sangat manja dan makan hanya apabila di suap dan kadang2 dalam keadaan baring pun minta di suap.

Dan beberapa tanda lagi yang bibik Wiwin saja yang mengerti kerana bibiklah yang menjaga Atuk sepanjang di hospital sebelum Atuk pergi.


Sepanjang usia perkahwinan kami, sepanjang itulah Atuk menjadi Atuk aku juga dan Abang banyak bercerita tentang Atuk selama ini. Sebagai cucu yang sulong, sesiapa pun boleh membayangkan betapa rapatnya Abang dan Atuk malah Atuklah yang mengajarkan Abang memandu kereta dan bermacam2 lagi kenangan yang tersimpan antara Atuk dan Abang, aku percaya.

Di kubur, sesekali mengerlip ke arah Abang, aku tau kesedihan di hati Abang dalam wajahnya yang tenang dan sayu, dan gambaran Atuk yang telah dikapankan sangat hiba dan menyedihkan. Seakan2 terbayang atuk masih di situ, berjalan, baring dan duduk, dipimpin untuk mandi dan makan..aduh..benar kadang2 kenangan lebih tajam dari mata pisau.
Cukuplah.
Ajalnya sudah sampai, dan itu adalah perancangan Allah yang terbaik buat dirinya dan kita semua.

************
Pagi ini, seawal jam 5 pagi aku bertolak dari kampung ke Kuala Lumpur memandu sendirian untuk kembali bertugas. Abang & Amierah kini di kampung bersama saudara mara yang masih tinggal. Balik kerja nanti aku akan pulang sendirian ke kampung semula menyambung cuti hujung minggu yang ada. Petang ini, aku punya satu urusan yang perlu dihadiri yang memaksa diri aku untuk kembali ke ofis kerana urusan ini tak kurang pentingnya bagi diri aku.

Kehidupan diteruskan.

Thursday, April 9, 2009

Sabar + Redha = Hikmah

Petikan ini diambil dari www.IrfanKhairi.com


"Ingat lagi tak, pesanan saya ketika itu, kalau sesuatu kurang baik terjadi pada kita…

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa!

Walaupun bertalu-talu negative things happened to me, saya masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction”.

Tetapi, dalam Al Quran dah lama sebut mengenai ini untuk kita bersabar & redha, pasti akan dapat hikmahnya!

So, Rabu baru ni, saya dapat panggilan yang amat menggemibrakan saya daripada real estate agent saya!

Pertengahan tahun lepas, saya membuka salah satu rumah saya untuk dijual *Rumah untuk dijual*. Bungalow 3 tingkat saya di Seremban2. Kini, syukur Alhamdulillah rumah tersebut telah dijual! Yezzaaa!

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

So, walaupun bertalu-talu perkara negatif terjadi pada saya sejak bulan lepas, saya sentiasa sabar, redha dan yakin bahawa pulangannya pasti datang Kali ini, pulangannya datang dalam bentuk RMXXX,XXX keuntungan!

Jujurnya, saya tak sangka rumah saya ni boleh terjual dalam keadaan ekonomi sedang mengalami kesusahan. Saya sangka, mungkin tahun depan atau 2011 baru boleh terjual. Tuhan lebih berkuasa memberi rezeki kepada umatnya dalam sekelip mata sahaja.

So, pesanan terakhir saya, tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pastinya pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya!

Now that’s the real meaning of “Law of Attraction”. Eat your heart out “The Secret”!"


23 Januari 2009

Thursday, April 2, 2009

kekuatan

Mak kurang sehat.

Dah banyak hari mak mengadu sakit.
Banyak tempat mak pergi berubat.
Berusaha.

Minggu lepas.
Doktor maklumkan keadaan mak.
Mak perlu dirawat segera.


Semalam,
Rawatan bermula.
Kami menyaksikan mak menahan rasa.
Rasa sakit seluruh tubuhnya.
Mak gagahi kudratnya kerana terpaksa.

Ini ujian untuk kami semua.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Percayalah.

Semoga mak kuat.
Kuat lah mak, demi kami semua.
Ini bukan apa2.
Hanya secebis ujian di dunia.

InsyaAllah,
Lepas ni boleh makan asam pedas dengan kari mak yang sedap.
Tok Mak boleh dukung Amierah yang mintak manja.
Mak Ayah boleh jalan2 dengan gembira.

Tiada yang mustahil dengan kuasaNya.Sesungguhnya.

Wednesday, April 1, 2009

Anugerah

Alhamdulillaah...

Syukur.Bertambah seorang lagi umat nabi Muhammad s.a.w lahir ke dunia pada 30.3.2009. (Ngah bolehla awak berbesan dengan Cik Erra Fazira ek- berkongsi tarikh lahir nampaknya dengan Engku Aleesya.) Tahniah Ngah dan Abang Ngah. Bertambah lagi tanggung jawab dan hero heroin yang akan bekerjasama mensepahkan rumah.

Selamat datang ke dunia Muhamad Salahuddin bin Mohd.Aidi menjadikan dirinya sebagai cucu ke tujuh kepada atuk dan nenek dan anak sedara ke enam kepada Mak Uda nya iaitu aku hehehe..




Ini anak Long yang bongsu, hero pertama dalam kluarga, Muhammad Anas.




Heroin-heroin Husna Mardhiah, Hasanah, Nur Izzah Athirah, Nur Izzah Nadhilah dan Amierah Humairah

Salahuddin belum ade dalam gambo lagi ek kerana nun di KK, Sabah.

Anak- anak inilah rezeki dan amanah  Allah yang terbesar kepada hamba-hambanya.
Semoga sama-sama dapat membesarkan anak-anak kita  di zaman sekarang ni dengan penuh sabarr kerana dugaan dan ujian Allah takkan sunyi daripada hamba2nya.

Budak2, Mak de rindu korang sume.