Friday, April 10, 2009

Tinggal kenangan

Semalam, lebih kurang jam 11.45 pagi, Abang call maklumkan Atuk Encik dah meninggal.
Innalillahi wainnailaihi rajiun.

Baru sekejap Mak Su telefon bercerita keadaan Atuk. Baru sekejap Mak Dah sms maklumkan pasal Atuk. Baru sekejap jugak Abang beritau Atuk dah tak ada.

Aku ada mesyuarat yang agak tergempar di Putrajaya petangnya. Setelah berbincang, Abang akan ambik aku terus di Putrajaya dalam jam 2 ptg dan terus balik ke kampung.

Last minute plan, jam 1.30 aku ubah fikiran untuk terus balik ke kampung tanpa pergi ke mesyuarat langsung kerana aku fikir itu adalah jalan terbaik dan terutama pada ketika itu.

Aku, Abang & Amierah dengan sorang lagi cousin dari Penang memulakan perjalanan balik dengan agak sepi.Hujan yang lebat sampai tak nampak jalan dan kejap2 hujan kejap2 tak menyukarkan sikit perjalanan hari itu. Dengan kelajuan 160-180km/j aku rasa polis pun takut nak tahan dan harap2 takde speed trap yang tersangkut kerana pada waktu tu kami cuma berharap dapat melihat wajah Atuk buat kali terakhir.

Hajat untuk solatkan jenazah tak tercapai kerana jenazah telah dibawa ke kubur untuk disemadikan.

Alhamdulillah, dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat exit Pagoh, kami mengambil masa 2 jam perjalanan yang biasanya 4 jam dan dalam 2 jam tu 2 kali Amierah muntah dek kepeningan dan mabuk, akhirnya kami sampai ke kubur sebelum jenazah di kebumikan dan sempatlah kami menatap wajah Atuk buat kali terakhir walaupun untuk seketika. Bersemadilah Atuk dengan aman dan tenang. Satu masa nanti aku juga akan menemani jasad Atuk di bawah sana.

Ini adalah kali pertama aku ke kubur untuk melihat sendiri proses persemadian jenazah. Selain hanya melihat di tv, sebelum ini, aku membiarkan diri aku untuk hanya berada di rumah atau masjid saja apabila melawat, tapi kali ni aku gagahi jugak atas desakan emosi.
Ketika berjalan pulang dari kubur aku teringat2 apa yang pernah aku pelajari satu masa dulu, bahawa setiap dari kita akan ditanya oleh Malaikat tentang pelbagai soalan setelah beberapa langkah manusia pergi meninggalkan kita di liang lahad untuk pulang.Subhanallah, bagaimanakah keadaan itu nanti, tak dapat aku membayangkan.


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kenduri dan tahlil berjalan seperti jadual.Sebelum berehat, sempat aku dan Abang berbual dengan bibik Wiwin yang bertanggungjawab menjaga Atuk berdua di rumah ini hampir 3 tahun.

Kata Wiwin, ada beberapa tanda awal yang menunjukkan Atuk bakal pergi meninggalkan kami yang agak ketara dalam 2 bulan kebelakangan ini;

Antaranya, di kala usia Atuk yang menjangkau hampir 90-an, Atuk sudah kembali seperti zaman ke anak-anakan.

Sebelum meninggal dunia, Atuk pada satu hari telah memohon maaf kepada bibik Wiwin atas segala dosa dan mengatakan bibik adalah seorang yang baik.
(benar, Wiwin sememangnya bibik yang baik)

Wajah Atuk dalam 2 bulan kebelakangan menampakkan perbezaan warna dan air muka. Kadangkala air muka dan wajah Atuk menjadi kekuningan, kehitaman dan kehijauan. (aku pun tak dapat nak membayangkan).

Bau badan dan diri Atuk seperti bau bayi. Atuk sangat manja dan makan hanya apabila di suap dan kadang2 dalam keadaan baring pun minta di suap.

Dan beberapa tanda lagi yang bibik Wiwin saja yang mengerti kerana bibiklah yang menjaga Atuk sepanjang di hospital sebelum Atuk pergi.


Sepanjang usia perkahwinan kami, sepanjang itulah Atuk menjadi Atuk aku juga dan Abang banyak bercerita tentang Atuk selama ini. Sebagai cucu yang sulong, sesiapa pun boleh membayangkan betapa rapatnya Abang dan Atuk malah Atuklah yang mengajarkan Abang memandu kereta dan bermacam2 lagi kenangan yang tersimpan antara Atuk dan Abang, aku percaya.

Di kubur, sesekali mengerlip ke arah Abang, aku tau kesedihan di hati Abang dalam wajahnya yang tenang dan sayu, dan gambaran Atuk yang telah dikapankan sangat hiba dan menyedihkan. Seakan2 terbayang atuk masih di situ, berjalan, baring dan duduk, dipimpin untuk mandi dan makan..aduh..benar kadang2 kenangan lebih tajam dari mata pisau.
Cukuplah.
Ajalnya sudah sampai, dan itu adalah perancangan Allah yang terbaik buat dirinya dan kita semua.

************
Pagi ini, seawal jam 5 pagi aku bertolak dari kampung ke Kuala Lumpur memandu sendirian untuk kembali bertugas. Abang & Amierah kini di kampung bersama saudara mara yang masih tinggal. Balik kerja nanti aku akan pulang sendirian ke kampung semula menyambung cuti hujung minggu yang ada. Petang ini, aku punya satu urusan yang perlu dihadiri yang memaksa diri aku untuk kembali ke ofis kerana urusan ini tak kurang pentingnya bagi diri aku.

Kehidupan diteruskan.

2 comments:

kuizikel said...

al fatihah

~tuah.rimbun~ said...

Semuga Rohnya dicucuri rahmat...

selalu aku berfikir, apa yg kita ada ini bukan mutlak milik kita sepenuhnya..

Perkuatkan diri mu untuk menghadapi hari mendatang..

salam takziah..