Friday, April 24, 2009

28 RabiulAkhir 1430H

Dalam kesibukan aku sehari2 mengejar keduniaan, baru aku sedar masa begitu laju bergerak meninggalkan hari2 semalam. Baru haritu aku memasang azam untuk tahun 2009, sekarang pulak dah hampir sampai ke pertengahan 2009 sebelum kedatangan 2010. Begitu cepat masa berlalu. 

Teringat kata2 TZ satu masa dulu, kalau kita terlalu sibukkan dengan urusan dunia, dan kurang sibuk dgn urusan akhirat, tentu kita rasa masa tak pernah cukup untuk kita.Sebaliknya kalau lebih masa kita peruntukkan untuk Dia, Dia pasti akan mencukupkan pembahagian masa untuk kita.

                        
                                                                    *********

Hari ni aku ambik mc. Dah dekat 2 minggu batuk kering yang buat aku asyik terjaga malam. 3 hari kebelakangan, aku start demam on and off.Org lain rasa panas, aku rasa sejuk semacam dan pagi tadi rasa tak larat nak bangun.


Seronok dengar khabar gembira Pojan yang dah naik pangkat ke gred 44 dan dapat anugerah cemerlang.Muz pun sama, selain dapat anugerah cemerlang dapat konfem ke tetap akhirnya. Alhamdulillah. Congratulations! Bersyukur sangat2 atas kurniaan Dia. You both deserved it! Allah itu maha Adil. Kadang2 kita mungkin rasa macam tak adilnya dunia,tapi Allah dah tetapkan bahagian masing2 itu ada.
insyaAllah..

Aku hargai waktu2 aku berpeluang duduk bersendirian macam ni, antara lainnya waktu drive sorang2.Tu yang kadang2 kena hon je dgn org belakang. Maklumlah, waktu lain terlalu sibuk dengan urusan yang macam2, waktu drive lah aku dapat berangan dan termenung dan berfikir. Terkenang pada banyak perkara, terutamanya betapa syukurnya Allah masih memberi nikmat kepada aku walaupun sering aku menjadi hambaNya yang lalai dan kufur nikmat.


Bila sakit baru terasa betapa besarnya nikmat kesihatan. Bila sakit, makan yang sedap macamana pun kita tak lalu nak makan. Duit banyak manapun tak boleh membuatkan kita gembira dan boleh berpoya2.Mungkin aku kena lebih menjaga kesihatan diri dengan banyak bersenam dan jaga pemakanan..(helo, aku baru beli sport shoes yang baru okey hihihi), banyak baju2 aku yang dah tak muat dipakai.Berat badan dah naik berlipat kali ganda aduyai..Setiap hari pegi keje rasa bosan asyik pakai baju yang sama.Sungguh tak berkembangnya hidup aku ni.

By the way, anak dara ku semakin hari sudah semakin membesar.Percaya tak dalam sehari bekerja aku hanya dapat berjumpa dan bercakap dgn dia hanya untuk 2-3 jam cuma.Itupun bukannya 2-3 jam tu kita bercakap sepenuhnya. Itu ke yang dinamakan masa itu mencemburui kita? Ntahlah..Harapkan weekend je boleh buat aktiviti lebih dengan dia.Alhamdulillah, ada banyak peningkatan dalam diri dia walaupun kekurangan masa dengan ummi dia..mmg betul anak2 ni ibarat kain putih dan kita yang dewasa ni yang boleh mencorakkan cara hidup mereka..Maafkan ummi Mierah,ummi masih belum berjaya melatih Mierah menggosok gigi hihihi..gigi dia dah nak bertukar kaler dah ni heheh.Payah betul laa nak soh gosok gigi budak nih! Hari ni Amierah pun mc temankan ummi kat rumah.


Dan malam ni, kita akan pulang ke kampung.
Selain bertemu mak ayah dan keluarga, esok kita nak menghadiri hari bahgia kawan kita Shaliana bte Sajuddin. Tahniah jugak! Betapa keciknya dunia, kawan aku yang sorang ini bertemu jodoh dengan kawan Ciki nun di Sg. Petani heheh..

Dan bagi sesiapa yang merindui aku dan Mierah terutamanya mak angkat Mierah si Pojan itu  bolehla melihat gambar terbaru Mierah sekuarga,

Mierah bersama baju kesukaannya Upin dan Ipin


** Psst, Pojan jadik ke Isnin  malam slasa ?aduuh tak sabaunyer hehehe...
kawan2 mari kita pow sama dia!!!
**Suzarika,kau pon dapat anugerah cemerlang yer, jgn buat2 lupa plak nak kena open table hihihi..(;p tak malu..)

3 comments:

Langit Jiwa said...

nad, get well soon!

shaliana bte sajuddin? erm, macam pernah ku dgr nama tuh, tapi siapa ya..

~tuah.rimbun~ said...

get well soon! (tiru ayat mahyudin)

Kalau kene masuk hospital,
jgn lupa roger aku...
dah menjadi tugas ku walaupun
aku tak ada degree dlm medikal..

unik tak?
hehehhe

kuizikel said...

eh gambo shal kawen takde ke? aku gi yg sg petani, insya-Allah..

eh dah official jd mak angkat la ni? hahaha..

isnin mlm selasa ke selasa mlm rabu? aku kat kedah lagi ni... harap2 flight petang ni tak delay.. aminnnn