Thursday, April 2, 2009

kekuatan

Mak kurang sehat.

Dah banyak hari mak mengadu sakit.
Banyak tempat mak pergi berubat.
Berusaha.

Minggu lepas.
Doktor maklumkan keadaan mak.
Mak perlu dirawat segera.


Semalam,
Rawatan bermula.
Kami menyaksikan mak menahan rasa.
Rasa sakit seluruh tubuhnya.
Mak gagahi kudratnya kerana terpaksa.

Ini ujian untuk kami semua.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Percayalah.

Semoga mak kuat.
Kuat lah mak, demi kami semua.
Ini bukan apa2.
Hanya secebis ujian di dunia.

InsyaAllah,
Lepas ni boleh makan asam pedas dengan kari mak yang sedap.
Tok Mak boleh dukung Amierah yang mintak manja.
Mak Ayah boleh jalan2 dengan gembira.

Tiada yang mustahil dengan kuasaNya.Sesungguhnya.

3 comments:

~tuah.rimbun~ said...

kekuatan rohani amat penting pada tika ini..
Ku doakan supaya cepat sembuh..

Anonymous said...

Insyaallah segala akan selamat, aku tau ko kuat nad, contoh terbaik masa ciki sakit kan? Sabar yer

Abu Humairah said...

AMIN...